Make your own free website on Tripod.com

GREEN CIRCLE NEWS GROUP

 

BERITA UTAMA

Dewan Pemuda PAS Kawasan Setiu mendapat Ketua Baru

Dewan Pemuda PAS Kawasan Setiu telah mendapat Ketua baru setelah mandat diberikan oleh perwakilan didalam Mesyuarat Agong Kali Ke 19 yang diadakan pada 03 April, 1999. Ini adalah menggantikan Ustaz Mohd Pauzi Muda yang bersara mengikut perlembagaan kerana telah melebihi had umur pemuda(40 tahun). Didalam ucapan penangguhannya, Ustaz Abd Zaman@ Bakri b Mohamed sebagai Ketua yang beru mengucapkan setinggi penghargaan dan berbanyak terioma kasih kepada ustaz Mohd Pauzi Muda kerana jasanya menerajui Dewan Pemuda PAS Setiu selama lebih dari 13 tahun. Senarai penuh Ahli Jawatankuasa Dewan Pemuda PAS Kawasan Setiu Sesi 1999/2001 boelh dirujuk di laman Lembaran Maklumat

 

Kedai Misteri

Telah berbulan-bulan malah hampir bertahun satu Kedai kecil berhadapan dengan surau(PAS) Kg Kepala Gajah menjadi perhatian. Kedai kecil ini bukanlah kedai yang cantik, atau menjual makanan yang lazat atau apa-apa yang istimewa. Bahkan ia tidak menjual makanan apa-apa pun !

Namun begitu yang istimewanya kerana saban petang dan malam ia dikunjungi oleh ramai pelanggan. Bersusun kereta datang dan pergi ke kedai kecil itu.

Misteri Kedai ini pernah di adu/ dibawa  kepada pihak berkuasa(berwajib) tetap tidak ada apa-apa tindakan yang diambil. Masyarakat kampung/setempat menyatakan tidak puas hati mereka kepada pihak DPPSetiu. Sebelum apa-apa tindakan yang diluar kawalan terjadi, DPPSetiu merasakan mungkin YB Lokman, Wakil Rakyat DUN Jabi dapat membongkar misteri Kedai Kecil di Kg Kepala Gajah, Renek, Jabi ini.

 

CERAMAH Pelancaran Gerak

Lebih 5,000 orang telah menghadiri ceramah pelancaran GERAK Kawasan Setiu yang diadakan dikawasan perumahan kakitangan kerajaan PutraJaya, Permaisuri, Setiu.. Pelancaran tersebut telah dirasmikan oleh YB Tuan Guru Hj Abd Hadi Awang Timbalan Presiden PAS Pusat. Turut berucap dimajlis itu ialah Ust Hj Abu Bakar Chik pengerusi GERAK Terengganu merangkap Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Hj Mohd Sulong wakil ABIM, wakil ISMA dan penceramah jemputan Saudara Roslan Kassim.

Majlis ceramah tersebut telah mengukir sejarah kerana setelah sebelum ini tidak ada sebarang majlis ceramah dapat diadakan dikawasan perumahan elit yang diduki oleh semua kakitangan kerajaan bagi pentadbiran negeri dan pusat dikawasan Setiu.

 

 

Selain itu, di sidang media berlainan, Timbalan Perdana Menteri pula cuba menipu kaum Kadazandusun dengan mengatakan perlantikan Osu dari UMNO merupakan cara terbaik untuk menghadapi pilihanraya umum di Sabah dan KM dari golongan Bumiputera Bukan Islam akan dilantik semula untuk menamatkan tempoh lagi 14 bulan yang ditinggalkan oleh Bernard Dompok. -RN

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

BERITA NASIONAL DAN ANTARABANGSA

hielogo64.GIF (17629 bytes)

Berita dan maklumat nasional yang paling dipercayai
   
   
   
   
   
   
   
   
   

kembali
ke halaman Lembaran